Wednesday, April 13, 2011

Pemasangan atap pergola (final stage)

Last sekali pemasangan atap untuk pergola. Actually selalunya pergola tak mermerlukan atap. Tapi oleh kerana tujuan aku membina pergola ni adalah untuk kolam ikan dan juga tempat istirihat. So bila ada atap kualiti air kolam lebih bagus dan kalau nak beristirihat dibawahnya boleh dibuat bila-bila masa samada masa hujan atau panas.
Atap yang aku pasang adalah dari jenis Polycarbonate 2 layer brand mikalor berketebalan 6mm,ada warranty 10 tahun. Kaler dark grey dan kos sekaki persegi = RM 2.60. So total kos polycarbonate + bracket adalah kira-kira Rm600.




At last siap jugak projek aku ni dalam masa 3 hari. Huhuhu berbekalkan semangat juang walaupun pengetahuan pasal pemasangan benda ni kurang (tak pernah buat pun)tapi hasilnya memang menarik lagi tertarik (masuk bakul angkat sendiri nampaknya). So anggaran total kos untuk projek Pegola ni dalam 4k. Kalau suruh kontraktor buat at least kira double lah.

No comments:

Post a Comment