Wednesday, April 20, 2011

Kolam Ikan (planning stage)

Setelah selesai membina Pegola dalam masa 3 hari, aku memulakan projek membina ikan pula. Tujuan asal buat pegolapun sebab nak buat kolam ikan la. Cuma bila ada pegola so kerja-kerja pembinaan tak la panas sangat sebab dah dilitupi dengan bumbung pegola. Hah rasanya ni lagi mencabar kesabaran...Beberapa aspek penting yang perlu diambil kira dalam pembuatan kolam.
1. Location. actually buat kolam lagi besar lagi lah best. Banyak ikan boleh diisi dengan berbagai spesis. Tapi maintenance juga jadi tinggi. Perlu diingat yang mana air perlu ditukar selalu at least 20% dan juga pump yang perlu besar watt nya. Besar watt bermakna lagi kuat la electriknya. Dalam projek ni aku buat keluasan kolam 10x7x 3 kaki.
2. Buat drawing. Dari  drawing ni kita akan tentukan kedudukan BD, SC, Filteration compartment, punca elektrik dan motornya. Dalam projek ni saya terus tandakan pada tanah kawasan yang berkenaan. Drawing dalam kepala aja.
3. Kos. Compare cost simen + batu + pasir +accessories yang lain di hardware berdekatan.
4. Untuk DIYer.. perlu perbanyakkan dapat info samada menerusi website, youtube, otai2 kontraktor.
5. Determination dan spirit yg tinggi. Nak membuat satu hal... nak maintain lagi jadi hal...

No comments:

Post a Comment