Wednesday, April 20, 2011

Kolam Ikan (planning stage)

Setelah selesai membina Pegola dalam masa 3 hari, aku memulakan projek membina ikan pula. Tujuan asal buat pegolapun sebab nak buat kolam ikan la. Cuma bila ada pegola so kerja-kerja pembinaan tak la panas sangat sebab dah dilitupi dengan bumbung pegola. Hah rasanya ni lagi mencabar kesabaran...Beberapa aspek penting yang perlu diambil kira dalam pembuatan kolam.
1. Location. actually buat kolam lagi besar lagi lah best. Banyak ikan boleh diisi dengan berbagai spesis. Tapi maintenance juga jadi tinggi. Perlu diingat yang mana air perlu ditukar selalu at least 20% dan juga pump yang perlu besar watt nya. Besar watt bermakna lagi kuat la electriknya. Dalam projek ni aku buat keluasan kolam 10x7x 3 kaki.
2. Buat drawing. Dari  drawing ni kita akan tentukan kedudukan BD, SC, Filteration compartment, punca elektrik dan motornya. Dalam projek ni saya terus tandakan pada tanah kawasan yang berkenaan. Drawing dalam kepala aja.
3. Kos. Compare cost simen + batu + pasir +accessories yang lain di hardware berdekatan.
4. Untuk DIYer.. perlu perbanyakkan dapat info samada menerusi website, youtube, otai2 kontraktor.
5. Determination dan spirit yg tinggi. Nak membuat satu hal... nak maintain lagi jadi hal...

Wednesday, April 13, 2011

Pemasangan atap pergola (final stage)

Last sekali pemasangan atap untuk pergola. Actually selalunya pergola tak mermerlukan atap. Tapi oleh kerana tujuan aku membina pergola ni adalah untuk kolam ikan dan juga tempat istirihat. So bila ada atap kualiti air kolam lebih bagus dan kalau nak beristirihat dibawahnya boleh dibuat bila-bila masa samada masa hujan atau panas.
Atap yang aku pasang adalah dari jenis Polycarbonate 2 layer brand mikalor berketebalan 6mm,ada warranty 10 tahun. Kaler dark grey dan kos sekaki persegi = RM 2.60. So total kos polycarbonate + bracket adalah kira-kira Rm600.




At last siap jugak projek aku ni dalam masa 3 hari. Huhuhu berbekalkan semangat juang walaupun pengetahuan pasal pemasangan benda ni kurang (tak pernah buat pun)tapi hasilnya memang menarik lagi tertarik (masuk bakul angkat sendiri nampaknya). So anggaran total kos untuk projek Pegola ni dalam 4k. Kalau suruh kontraktor buat at least kira double lah.

Pemasangan kayu alang pergola

Hah...bila dah siap kesemua tiang dipacakkan dan simen dah mengeras, boleh la ke proses seterusnya iaitu pemasangan kayu alang. Boleh dibuat samada menggunakan tangam , skru atau paku. Tapi dalam projek ni saya just guna skru dan paku. Kayu keras tak da masaalah tercabut.



















Dalam projek ni saya mengunakan kayu
1. 2"x5" 20 kaki = 2 batang, 1 kaki = RM5
2. 5"x5" 10 kaki = 6 batang, 1 kaki = RM18
3. 2"x5" 10 kaki = 6 batang, 1 kaki = RM5
4. 2"x5" 8 kaki   = 7 batang, 1 kaki = RM5
so total kos untuk kayu sahaja lebih kurang RM2300. Tu belum masuk additional kos bila nak pasang latice. Tu kemudianlah....kalau nak cut kos boleh guna kayu ber dimension kecik sedikit... tapi kurang cun la...
Pergola ni dilengkapi dengan pelantar untuk tempat duduk-duduk dan berbaring-baringan. Fortunally tak yah keluar modal kayu sebab recycle kayu tangga asal rumah yang telah ditukar konkrit.

Penyediaan tapak Pergola

Mula-mula buat ukuran tapak mengikut apa yang telah di drawkan. Macam aku punya saiz pergola 17 kaki panjang x 6 kaki lebar memerlukan enam batang tiang kayu bersaiz 5x5 inci. So bermakna enam lubang perlu dikorek sedalam satu setengah kaki. Fuh... letih gak buat kerja-kerja mengorek nih....










Tanah dikorek mestilah lebih 1 kaki. Jika tiang yang nak ditanam 1 kaki dalam, perlu di extra korek lagi 3 inci. ni disebabkan kita perlu buat base konkrit. Pacak kayu dan guna paip penimbang air untuk mendapatkan level tanah yg sebenarnya... jangan guna permukaan tanah sebagai referrance sbb kemungkinan ketinggian tanah tak sama.










Opps lupa nak cakap, keenam-enam tiang yang nak ditanam perlu dimasukkan besi berdiameter 8mm at least panjang sejengkal. Dipacak setiap sudut tiang. Tujuannya supaya tiang-tiang tersebut kukuh tertanam dalam konkrit dan tak mudah goyang. Sori gambar tak da...lupa nak ambik. So selepas base konkrit mengeras, boleh lah pacak tiang dan kena buat alignment supaya tak senget dengan menggunakan timbang air, dan curah simen sebagai tapaknya.