Saturday, March 26, 2011

Projek DIY Pergola (Planning stage)

Huhuhu sejak berpindah rumah baru ni bertambah lah lagi satu minat, iaitu minat mereka bentuk dan bertukang rumah. So berbekalkan bakat semulajadi bertukang yang tak seberapa ni + dengan kerajinan membaca blog-blog  dan you tube berkenaan dengan pergola, maka dengan nekad aku memulakan projek ni. Ruangan ni purposely aku tulis untuk bercerita berkenaan dgn pembikinan Pergola bab planning.
25 MAC 2011
Buat lakaran actual size guna komputer. Tak buat pakai komputer pun tak pa as long korang boleh sketch free hand pada paper. Mula-mula pun aku buat free hand, tapi nanti tak dapat exactly dimension yang kita khendaki. So dari drawing ni kita boleh jadikan blue print untuk binaan nanti. antara perkara-perkara penting perlu dilakukan dalam proses planning.
1.Design, reflect jugak dengan kos yang mahu kita keluarkan
2.Drawing, sebab dari drawing kita akan convert jadi binaan.
3. Sourcing, bukan sahaja dari segi material malah teknik-teknik binaan. So dalam bab ni aku banyak refer abang ipar dan pak mertua. Sebab diorang memang otai dalam bidang nih. Bahan kayu yang aku gunakan adalah dari jenis resak. Mahal kayu nih....
4. Tooling, kena prepare tooling yang sesuai. So untuk buat pergola basic tools yang kena ada
a. Jig saw- digunakan untuk potong-memotong dan ukir mengukir. Aku pakai cap ayam aje beli kat tesco. So far no problem
b. Sander- Untuk perhalus permukaan kayu dan untuk buang selumbar.
c. Penukul
d. Gergaji- aku guna cutter elektrik... mudah nak potong kayu besar-besar.
e. Pengukur- timbang air dan paip pengukur air.

No comments:

Post a Comment